WARNADA PRODUCTION (1970-an): 10, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur

WARNADA SDN BHD (1980-1990-an): 24, Jalan Kaskas Dua, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur


15.5.19

Pelbagai Artis - Suara

Tajuk Album: Suara

Artis: Wan Zawawi Ibrahim, Rafique Rashid, Paul Ponnudurai, Noorshah Salleh, Alan Perera, William De Cruz, Junainah Solehan

Tahun: 1988

~~~

Petikan Berita Minggu, 11 Disember 1988:

"Sebagai manusia yang bertanggungjawab, manusia seni berkewajipan ke atas pembinaan seni yang sihat" - Dr. Wan Zawawi.

Dr. Wan Zawawi percaya untuk mencapai matlamat murni itu, penerbit album harus tampil ke depan menerbitkan lagu tentang alam, tentang Tuhan, tentang setia kepada negara dan sebagainya.

"SUARA diterbitkan bukan untuk mencari keuntungan. Kami telah membelanja kira-kira $18 ribu dan mengambil masa tiga bulan untuk menyudahkannya" - Dr. Wan Zawawi.

"Album ini diterbitkan sempena ulangtahun ke-40 Deklarasi Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini. Keuntungan dari album ini, kalau ada, akan diberi kepada mereka yang kurang bernasib baik" - Noorshah Salleh.

SUARA adalah terbitan syarikat Jiwa dan diedarkan oleh syarikat Warnada.

No comments: