Tajuk Album: Suara
Artis: Wan Zawawi Ibrahim, Rafique Rashid, Paul Ponnudurai, Noorshah Salleh, Alan Perera, William De Cruz, Junainah Solehan
Tahun: 1988
~~~
Petikan Berita Minggu, 11 Disember 1988:
"Sebagai manusia yang bertanggungjawab, manusia seni berkewajipan ke atas pembinaan seni yang sihat" - Dr. Wan Zawawi.
Dr. Wan Zawawi percaya untuk mencapai matlamat murni itu, penerbit album harus tampil ke depan menerbitkan lagu tentang alam, tentang Tuhan, tentang setia kepada negara dan sebagainya.
"SUARA diterbitkan bukan untuk mencari keuntungan. Kami telah membelanja kira-kira $18 ribu dan mengambil masa tiga bulan untuk menyudahkannya" - Dr. Wan Zawawi.
"Album ini diterbitkan sempena ulangtahun ke-40 Deklarasi Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini. Keuntungan dari album ini, kalau ada, akan diberi kepada mereka yang kurang bernasib baik" - Noorshah Salleh.
SUARA adalah terbitan syarikat Jiwa dan diedarkan oleh syarikat Warnada.