WARNADA PRODUCTION (1970-an): 10, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur

WARNADA SDN BHD (1980-1990-an): 24, Jalan Kaskas Dua, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur


9.12.11

Pelbagai Artis - 40 Lagu2 Pop Yeh Yeh 60'an



Tajuk Album: 40 Lagu2 Pop Yeh Yeh 60'an

Artis/Band: A. Rahman Hassan, Hasnah Haron, J. Kamisah, L. Ramli, Sanisah Huri, S. Jibeng, Roziah Latiff, The Zurah II

Tahun: 1985

~~~

Petikan Berita Harian, 16 Oktober 1985:

Album kedua kumpulan The Zurah II bertajuk 40 Lagu Pop Yeh Yeh 60-an terjual 25,000 unit dalam tempoh tiga hari sahaja. Ini bermakna album itu layak dianugerahkan piring emas. Berita yang agak mengejutkan ini disampaikan oleh pengeluarnya, syarikat piring hitam Warnada pada hari pelancaran album itu di ibu negara. Difahamkan sehingga kini lebih 30,000 unit sudah terjual.

"Kami rasa seperti kena loteri," kata M. Shariff, pemimpin dan penerbit album The Zurah II.

Album 40 Lagu Pop Yeh Yeh 60-an boleh dikatakan adaptasi dari rancangan Setangkai Irama: The Zurah II bersama Hasnah Haron yang disiarkan oleh TV Malaysia pada 28 September lalu. Kesemuanya berjumlah 40 lagu yang berbentuk medley.

Kira-kira 80 peratus lagu dari album ini dinyanyikan oleh penyanyi asal seperti yang dilihat dari rancangan itu. Sementara selebihnya dinyanyikan oleh The Zurah II bersama artis undangannya. Untuk album ini, The Zurah II mengundang kesemua penyanyi 60-an yang menyertai rancangan itu.

1 comment:

Go Back Stop said...

Ini ke yg medely lagi2 60an tu..adakah ada reissue album ini seperti album rock lain? Kalu ada bole bgtau sy